twitter
googleplus
facebook

widgets

Rabu, 7 Ogos 2013

Panduan Sholat Sunnah Hari Raya Aidil Fitri

Rasullulah saw mula mengerjakan solat sunat hari raya ini pada tahun ke-2 hijrah. Ada sebahagian ulama menyebutkan bahawa solat yang paling afdal yakni utana ialah solat sunat 'Aidil Adha. Kemudian solat sunat 'Aidil Fitri' , kemudian solat sunat gerhana, istiqa' dan seterusnya solat-sunat sunat yang lainnya. Solat sunat ini ialah sunat muakkad atas tiap  muslim yang akil baligh.

Waktu Pelaksanaannya 
Waktu untuk mengerjakan solat sunat hari raya ialah mulai terbit matahari tetapi sunat ditakhirkan (dilewatkan) kekal waktu mengerjakannya sehinggalah gelincir matahari. 

Pada pagi hari pertama bulan syawal dan 10 hijrah setiap tahun dianjurkan supaya mengerjakan solat sunat aidilfiri dan aidiladha. Solat sunat ini sunat muakkad dan pelaksanaannya hendaklah secara berjemaah . Adapun khutbahnya pula ialah sesudah solat. 
Waktu mengerjakannya ialah pada awal waktu Dhuha yakni apabila matahari telah naik sekadar segalah dari kaki langit. 

Tambahan : Bagi solat hari raya aidiladha solat sunat disegerakan sedikit supaya mempunyai keluasan waktu untuk ibadah korban.Manakala bagi hari raya aidil fitri sunat bagi imam melewatkan sedikit supaya orang mempunyai keluasan waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat. 

Cara Mengerjakannya 
Dalam pada itu sunat bertakbir berulang kali : 



Jika Solat Aidil Fitri lafaz niatnya ialah : 




Jika Solat Aidil Adha lafaz niatnya ialah :


 "Sahaja aku solat Aidil Adha dua rakaat sebagai (imam-makmum) kerana Allah Taala."

Sesudah takbiratul ihram dan sebelum membaca al-fatihah takbiratul ihram pula 7 kali pada rakaat pertama, dan 5 kali pada rakaat kedua dan setiap takbiratul ihram itu kita mengucapkan tasbihnya iaitu : 


"Maha Suci Allah , segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."
Kemudian sempurnakanlah solat ini sebagaimana biasa sehingga salam. Kemudian barulah khutbah disampaikan khatib dan sehendaklah sekalian yang hadir mendengarnya dengan teliti. ..

  • Title : Panduan Sholat Sunnah Hari Raya Aidil Fitri
  • Labels :
  • Author :
  • Rating: 100% based on 10 ratings. 5 user reviews.
  • 0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Pengikut